Tuesday 4 September 2012

Jenis-jenis Tapai
 
 
Tapai boleh didapati dalam beberapa jenis, antaranya:
 
 
1. Tapai Pulut
 
2. Tapai Nasi
 
3. Tapai Ubi
 
4. Tapai Pulut Hitam
 
5. Tapai Pisang?
 
6. Tapai Ubi Keladi?
 
Tapai Pisang dan Tapai Ubi Keladi memang belum pernah ada.  Tapi saya berkeyakinan pisang dan ubi keladi juga boleh dibuat tapai.  Saya berpendapat begitu kerana kedua-duanya merupakan tumbuhan yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.  Terutamanya ubi keladi, pisang saya masih ragu-ragu, tetapi kalau dicuba tiada salahnya.
 
Tapai Pulut atau Tapai Nasi boleh dibuat ibu apam atau sebagai bahan penaik.  Kuih apam yang dibuat menggunakan tapai pulut atau tapai nasi adalah lebih enak berbanding yang menggunakan bahan penaik yang lain. 


No comments:

Post a Comment